Ketahui Pergerakan Matawang Menjelang Sesi New York

710

Momentum pengukuhan US dolar diteruskan pada sesi Eropah, memperlihatkan mata wang gergasi itu kekal didagangkan tinggi berbanding pesaing utamanya.

Pengukuhan US dolar bergerak seiring dengan hasil bon AS 10 tahun yang meningkat ke tahap tertinggi dua tahun pada 1.89%, berikutan optimisme pasaran untuk kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan meningkat pada sekitar harga 95.60 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Setelah meneliti data inflasi UK yang diterbitkan pada awal sesi, mata wang pound mula mendapat sokongan untuk meningkat dengan harapan Bank Pusat England (BOE) akan bertindak sekali lagi meningkatkan kadar pada bulan Disember.

Menjadi tumpuan pelabur kini adalah ucapan Gabenor BOE, Andrew Bailey pada malam ini bagi mendapatkan petunjuk untuk penetapan kadar faedah akan datang.

Sementara itu, mata wang euro diniagakan mendatar disebabkan pergerakannya terbatas oleh kekuatan dolar greenback.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi diniagakan sedikit meningkat ketika sesi Eropah selepas mempamerkan aksi menyuramkan pada sesi sebelumnya kerana ditekan oleh US dolar yang kuat.

Menuju ke pembukaan sesi dagangan New York, pelabur turut menantikan penerbitan data inflasi Kanada yang dijangka akan menunjukkan sedikit penurunan pada bulan Disember berbanding sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat