Ketegangan Antara A.S Dan China Terus Meningkat – Pasaran Semakin Gusar!

733

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China terus meningkat dari semasa ke semasa. Terkini isu TikTok menjadi isu utama perbalahan.

Pada awal minggu ini, Syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat Microsoft telah menyatakan hasratnya untuk membeli TikTok sejurus selepas Presiden Donald Trump, mendedahkan risiko keselamatan negara yang dicetuskan oleh aplikasi tersebut serta merancang untuk menjalankan sekatan terhadapnya. Selain itu, syarikat tersebut turut diberikan tempoh selama 45 hari untuk mengadakan rundingan bersama.

Di samping itu, syarikat yang memiliki rangkaian media sosial LinkedIn untuk pekerja profesional itu juga berusaha untuk membeli kepentingan TikTok di Kanada, Australia, dan New Zealand. Susulan daripada laporan ini, menerusi agensi berita China Daily telah menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah kerana Amerika Syarikat (AS) yang mahu ‘merompak’ aplikasi media sosial, TikTok daripada mereka.

Dalam pada itu, agensi berita Global Times melaporkan, ‘layanan buruk’ AS terhadap ByteDance dan Huawei Technologies manggambarkan Washington mahu memisahkan ekonominya daripada Beijing.

Ketegangan antara dua ekonomi besar ini telah memberi reaksi negatif dalam pasaran. Hasilnya bursa saham S&P 500 ditutup dengan kejatuhan sebanyak 3% pada hari Isnin daripada paras tertinggi 4 bulan. Pada pembukaan pasaran harini ini, bursa Dow Jones jatuh 11 mata atau 0.04%. S&P 500 turun 0.18% dan NASDAQ Composite turun 0.09%. Matawang US dolar jatuh 0.04% berbanding enam matawang utama setakat jam 11.50 p.m.

Pelabur kini sedang menunggu tanda-tanda kemajuan dalam pakej bantuan Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat