Ketegangan AS-China Beri Ruang Dagangan Emas Untuk Mengukuh

519

Dagangan emas terus memaparkan peningkatan setelah mencecah paras ketinggian 3 minggu pada sesi sebelumnya pada paras harga $1,736 per auns, yang kemudiannya diniagakan di sekitar harga $1,730 per auns pada sesi Asia.

Sementara itu, niaga hadapan emas bagi bulan Jun pula meningkat kepada $1,742.55 per auns, setelah turut mencapai paras tertinggi tiga minggu pada $1,746.25 per auns pada sesi sebelumnya.

Walaupun matawang utama mempamerkan peningkatan dan pasaran saham AS juga positif pada sesi sebelumnya, namun ia tidak menghalang untuk logam berharga ini diniagakan lebih tinggi yang didorong oleh ketegangan hubungan Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat.

Terbaru, Presiden AS Donald Trump sekali lagi meluahkan kekecewaannya terhadap kegagalan China dalam mengendalikan krisis pandemik coronavirus dan mengancam untuk memutuskan hubungan antara dua negara itu.

Hal ini adalah kerana, kegagalan China untuk membendung penularan coronavirus telah menjejaskan usaha untuk memenuhi komitmen dalam perjanjian perdagangan fasa 1 yang dimeterai pada Januari lalu.

Turut menambah tekanan kepada hubungan antara dua gergasi ekonomi ini, adalah apabila Senat Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang untuk melaksanakan sekatan kepada pegawai China atas pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Uighur di Xinjiang.

Tindakan ini kemudiannya telah mencetuskan kemarahan China yang menyifatkannya sebagai serangan jahat dan campur tangan AS dalam hal ehwal dalaman negaranya boleh menjejaskan hubungan dua hala antara mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat