Ketegangan AS-China Cetus Risiko Dalam Pasaran, Ini Mata Wang Yang Terkesan!

820

Ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat dan China telah merebak ke pasaran mata wang menyebabkan kebanyakan mata wang utama untuk ‘mengalah’ dengan dolar greenback.

Laporan mengenai rancangan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi untuk mengunjungi Taiwan telah mendorong safe-haven menguasai pasaran sepanjang sesi Asia.

China sebelum ini telah berulang kali memberi amaran kepada Amerika sekiranya Pelosi berkeras untuk ke Taiwan, mereka akan mengambil tindakan keras terhadapnya.

Umum mengetahui bahawa China mendakwa Taiwan adalah sebahagian daripadanya dan penglibatan campur tangan daripada AS boleh mengancam hubungan antara dua negara itu.

Pasaran saham Asia dan Eropah berada di lautan merah susulan laporan tersebut, menyaksikan indeks komposit Shanghai kehilangan lebih 2%, manakala indeks Euro Stoxx 600 susut 0.7%.

Sebagai reaksi, mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan dolar New Zealand juga menjunam lebih rendah, di mana dolar Aussie turut terkesan dengan isyarat daripada Reserve Bank of Australia (RBA) yang memberi petanda akan memperlahankan kenaikan kadar faedahnya.

Menjelang pembukaan sesi New York, data JOLTS Job Openings AS akan menjadi satu-satunya akan diterbitkan dengan pelabur juga memberi perhatian kepada perkembangan geopolitik.

Berbanding mata wang utama, indeks dolar didagangkan sedikit meningkat pada 105.50 tetapi masih kekal di sekitar paras terendah.

Yen berada di landasan untuk kenaikan terbesarnya sejak krisis coronavirus pada Mac 2020 ketika pelabur bergegas mendapatkan perlindungan pada aset lebih selamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat