Ketegangan AS-Iran Boleh Mengaburi Perhatian Para Pelabur Daripada Ketegangan AS-China?

463

Pakar runding politik terkenal menjangkakan ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat dan Iran yang meletus baru-baru ini akan mengaburi perhatian pelabur daripada tertumpu pada pertelingkahan perdagangan A.S dengan China.

Menurut Alastair Newton, yang merupakan pengurus Alavan Business Advisory dan bekas ahli diplomatik Britain berpendapat isu AS-Iran kan menjadi isu yang lebih penting bagi para pelabur berbanding isu perdagangan antara A.S dan China.

Beliau meramalkan akan lebih banyak ketegangan antara AS dan Iran akan berlaku pada tahun ini selepas Tehran melepaskan serangan peluru berpandu di pangkalan tentera A.S di Iraq pada minggu lalu sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan pegawai tentera atasan Iran Qasem Soleimani.

Walaubagaimanpun, Newton tidak memberi ramalan tentang bagaimana Iran atau A.S akan saling bertindak balas, namun para pakar lain berpendapat serangan tindakan balas lanjutan akan berbentuk serangan siber dan serangan ke atas kumpulan proksi.

Beliau berpendapat pihak berautoriti tidak akan berunding dengan Donald Trump dan berharap Trump akan kalah dalam pilihan raya presiden pada tahun ini.

Menurut jurucakap Menteri Perdagangan China, Gao Feng, Liu akan melawat Washington pada 13-15 Januari ini. Pada ketika ini kedua-dua belah pihak berhubung secara rapat dalam pengaturan tertentu penandatangan perundingan nanti.

Presiden A.S Donald Trump mengatakan pada 31 Disember lepas bahawa perjanjian perdagangan Fasa 1 dengan China akan ditandatangani pada 15 Januari yang akan berlangsung di Rumah Putih. Dalam masa yang sama Trump juga mengatakan bahawa beliau akan menandatangani perjanjian tersebut bersama dengan wakil atasa China dan susulan daripada itu, beliau akan ke Beijing bagi memulakan rundingan perdagangan fasa seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat