Ketegangan Geopolitik Semakin Reda- Ini Sentimen Pasaran Terkini!

468

US dolar melonjak naik kembali pada hari Selasa setelah beberapa hari mengalami penyusutan berikutan kekhuatiran pasaran terhadap impak pembunuhan komander atasan Iran.

Susulan daripada serangan udara tersebut, pelabur telah mengalihkan pelaburan mereka kepada matawang safe have dan emas. Matawang yen telah meningkat kepada paras tertinggi 3 bulan berbanding US dolar sebelum susut pada hari Selasa kerana kerisauan para pelabur terhadap konflik yang tercetus mula berkurangan.

Matawang yen pada awalnya mencatat bacaan 108.44 berbanding US dolar kemudian susut keparas 107.77 pada hari ini. Matawang Swiss franc yang juga merupakan safe haven telah susut daripada pengukuhan sebanyak 0.5% berbanding US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.35% pada paras 96.685 setakat jam 11.10 p.m.

Menurut penganalisis Commerzbank, berikutan tiada perkembangan berita buruk daripada Timur Tengah maka pasaran beranggapan konflik AS-Iran sedikit reda dan secara tidak langsung telah mengurangkan tindakan panik para pelabur.

Disisi lain matawang Euro telah mencatat penyusutan berbanding US dolar kepada paras dagangan 1.151 setakat jam 11.10 p.m. Matawang euro hanya bergerak sedikit selepas data inflasi bagi zon Eropah meningkat pada bulan Disember dan jualan runcit mengukuh melebihi jangkaan.

Kajian yang dikeluarkan baru-baru ini juga menunjukkan keyakinan para pelabur dan perniagaan semakin meningkat dalam zon Eropah. Sebagaimana menurut penganalisis MUFG, ini merupakan tanda-tanda yang positif dan menunjukkan potensi bahawa akan terdapat peningkatan dalam aktiviti ekonomi menuju 2020. Aliran data zon eropah yang bertambah baik menyediakan lebih banyak sokongan untuk euro

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat