Ketengangan Trump Dan Twitter, Facebook Turut Terpalit

556

Sebelum ini, media sosial Twitter dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa berada dalam situasi tegang. Hal ini demikian kerana Trump dikhabarkan berang dengan tindakan Twitter yang meletakkan pautan berkenaan fakta undian pos di kedua-dua tweet beliau tentang undian secara pos. Berikutan dengan bahang pilihanraya Amerika Syarikat yang semakin terasa, presiden negara kuasa besar itu dilihat menggunakan laman sosial tersebut bagi memancing undi rakyat.

Tambahan daripada itu, Twitter juga telah mengambil tindakan terhadap post yang dimuatnaik oleh Trump yang mengemukakan amaran terhadap pemberontakan akibat daripada pembunuhan seorang rakyat Amerika berkulit hitam oleh pihak polis. Melalui tweet yang dimuatnaik oleh presiden itu, beliau mendedahkan bahawa tembakan akan dilepaskan jika kekecohan mula berlaku. Sehubungan dengan itu, laman sosial Twitter telah bertindak menutup post berkenaan sekaligus meninggalkan mesej bahawa posting tersebut melanggar peraturan Twitter dengan menyokong keganasan. Jika orang ramai ingin membaca tweet berkenaan, mereka perlu menekan mesej tersebut.

Berikutan dengan ketegangan yang berlaku, media sosial Facebook didakwa turut terjejas. Syarikat tersebut dikatakan kecoh disebabkan oleh ketidakpuasan hati dalam kalangan kakitangan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka iaitu Mark Zuckerberg. Kekecohan tersebut berlaku apabila Mark berdegil untuk terus menyiarkan berita palsu atau berunsur fitnah yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Menurut CEO Facebook itu, beliau menyokong kebebasan bersuara selagi mana ianya tidak memudaratkan. Akan tetapi, tindakannya itu seolah-olah mengecualikan Trump dalam isu berkenaan.

Oleh yang demikian, majoriti pekerja Facebook telah beralih kepada Twitter bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Apa yang lebih mengejutkan ialah media Amerika Syarikat telah mendedahkan bahawa CEO Facebook, Mark Zuckerberg dan Trump telah berhubung melalui panggilan telefon pada Jumaat lalu.

Persoalannya, adakah Facebook benar-benar neutral dan tidak memihak kepada mana-mana individu atau kuasa politik?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat