Ketepi! Avalanche (AVAX) Mungkin Atasi Ethereum, Menjadi Raja Kontrak Pintar!

1,045

Rangkaian Ethereum (ETH) kerap digembar-gembur akan mengatasi Bitcoin (BTC) suatu hari nanti.

Selain daripada potensi Solana (SOL) dan Cardano (ADA) yang dikatakan akan bersaing rapat dengan rangkaian itu, Avalanche (AVAX) juga tidak kurang hebatnya, bakal menjadi raja kontrak pintar menggantikan Ethereum.

Ini 5 faktor mengapa:

  1. Avalanche, sebuah platform kepada platform
    • Sesiapa sahaja boleh membangunkan aplikasi yang disesuaikan (tailor-made applications), dengan manfaat daripada konsensus Avalanche.
    • Platform ini sama seperti Polkadot dan Cosmos tetapi memiliki kadar yang lebih tinggi dalam aspek pengeluaran, pengakhiran transaksi, dan kebolehan menskalakan kepada jutaan pengesah dengan kesannya terhadap rangkaian desentralisasi.
    • Sebagai rekod, Avalanchec merupakan platform kontrak pintar pertama yang mengesahkan transaksi dalam tempoh kurang daripada satu saat.
  1. Mekanisme konsensus
    • Avalanche memiliki kelebihan konsensus Nakamoto: ketahanan, skalabiliti, dan desentralisasi.
    • Ia menggabungkan kesemua kelebihan konsensus tradisional: kelajuan, penyelesaian yang pantas, dan memiliki keefisienan tenaga.
  1. Kesesuaian Ethereum dan penghubung ETH
    • Avalanche merupakan rantai kontrak pintar yang 100% sesuai dengan Ethereum Virtual Machine (EVM).
    • Ini bermakna sesiapa sahaja boleh melancarkan kontrak pintar dalam bahasa pengaturcaraan berkaitan Ethereum, misalnya Solidity di A valanche.
    • Avalanche-Ethereum Bridge boleh digunakan untuk memindahkan token ERC20 daripada Ethereum kepada Avalanche’s C-Chain dan sebaliknya.
    • Jumlah aset yang telah berjaya dipindahkan mencecah nilai 3 bilion.
  1. Tokenomik dan model pembakaran
    • Avalanche memiliki bekalan tetap iaitu 720 juta AVAX.
    • Berdasarkan jumlah yang ditetapkan ini, ACAX tidak akan berhadapan dengan inflasi yang berterusan.
    • Rangkaian ini juga memiliki mekanisme pembakaran. Kesemua kos transaksi dibayar dalam AVAX yang mana akan dibakar bagi mengurangkan jumlah bekalan.
  1. Staking
    • AVAX sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang kerana ia menggabungkan staking dan pembakaran koin yang akan mencipta situasi keterhadan bekalan AVAX.
    • Ketika penulisan, sebanyak 31% atau 220 juta AVAX daripada keseluruhan bekalan berada di dalam kitaran.
    • AVAX didagangkan pada $55.93, catat lonjakan hampir 3% dalam 24 jam.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat