Ketepikan USD, Argentina Guna Yuan Untuk Bayar Import

665

Dolar Amerika terus dipandang sepi selepas kerajaan Argentina mengumumkan bahawa negara itu akan mula membayar import China dalam mata wang yuan berbanding USD.

Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Massa mengatakan langkah tersebut adalah sebagai usaha untuk mengurangkan pengaliran keluar dolar daripada negara itu.

Argentina sedang bergelut dengan kekurangan rizab dolar AS yang kini berada di paras kritikal susulan penurunan mendadak dalam eksport pertanian yang disebabkan kemarau berpanjangan.

Selain itu, ketidaktentuan politik menjelang pilihan raya tahun ini turut menjejaskan simpanan rizabnya.

Pada bulan April, kerajaan menyasarkan untuk membayar kira-kira $1 bilion import China dalam yuan yang kemudiannya disusuli $790 juta pembayaran secara bulanan.

Sementara itu dalam laporan berasingan, yuan buat kali pertama mengatasi dolar AS dengan menjadi mata wang paling banyak digunakan dalam pembayaran rentas sempadan China pada bulan Mac.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat