Ketidakpastian Brexit Iringi Pergerakan Matawang Pada Dagangan Hujung Minggu

266

Dagangan euro menunjukkan peningkatan pada awal dagangan di sesi Eropah susulan indeks sentimen perniagaan di Jerman satu tinjauan Ifo bagi bulan Oktober adalah tidak berubah pada 94.6 daripada bulan sebelumnya, dan lebih baik daripada unjuran pasaran pada 94.5.

Institut Ifo Jerman menjangkakan ekonomi terbesar di Eropah berkembang sedikit pada suku keempat, namun begitu, ketidakpastian di kalangan eksekutif perniagaan masih tinggi disebabkan oleh isu Brexit yang masih belum selesai.

Selain itu, perkembangan positif dalam rundingan perdagangan AS dan China dilihat gagal menarik sentimen pada sesi dagangan Eropah, dengan dolar Amerika diniagakan menyusut berbanding yen manakala indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding kumpulan mata wang utama lain menyusut sedikit kepada 97.58.

China dikatakan akan membeli sekurang-kurangnya $20 bilion produk pertanian AS, sebagai sebahagian syarat perjanjian fasa pertama yang dipersetujui baru-baru ini. Bagaimanapun, terdapat laporan bahawa China akan meminta AS membatalkan tarif yang bakal dilaksanakan dan sedia ada sebagai balasan atas pembeliannya ini.

Kini, tumpuan pelabur turut terarah kepada mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) pada 30 Oktober dan mesyuarat Bank Pusat Jepun (BOJ) pada 31 Oktober ini. Fed dijangka akan menurunkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini manakala BOJ mungkin mengekalkan dasarnya.

Mengikuti perkembangan terbaru Brexit pula, Kesatuan Eropah (EU) dijangka akan memutuskan pelanjutan tarikh akhir Brexit pada hari ini, tetapi tanpa menetapkan tarikh, menurut sumber yang dilaporkan oleh Reuters.

Susulan daripada itu, pound terus diniagakan mendatar berbanding dolar Amerika memandangkan pelabur akan mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat ke atas tindakan yang akan diambil oleh EU.

Selain daripada kebimbangan terhadap ketidakpastian Brexit, kekhuatiran terhadap kelembapan pertumbuhan ekonomi juga memberi kesan kepada sentimen pelabur dan mengangkat emas untuk diniagakan lebih tinggi di atas paras $1,500 pada dagangan penghujung minggu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat