Ketidakstabilan Pasaran Minyak Pacu Kenaikan Lebih Tinggi Harga Pada USD/CAD

314

Pasaran minyak mentah masih tidak stabil selepas ketegangan timbul di antara dua negara pengeluar minyak terbesar Arab Saudi dan Rusia dalam perbincangan pengurangan pengeluaran.

Pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat juga diramalkan akan mencatat pertumbuhan perlahan pada tahun ini dan menyusut lagi pada 2021 selepas pengeluar minyak di A.S telah memotong rancangan pelaburan.

UAE juga telah mengumumkan rancangan meningkatkan pengeluaran, mengikuti jejak langkah Arab Saudi selepas kegagalan rundingan OPEC bersama Rusia minggu lalu.

Ketidakstabilan pada pasaran minyak telah menyebabkan faktor penyusutan matawang dolar Kanada dalam pasaran di mana harga pada carta pasangan USD/CAD meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi pada minggu ini.

Sejak 2 hari yang lalu harga menguji paras ketinggian 1.37900 sebelum dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini telah berjaya membuat kenaikan ke paras lebih tinggi.

Mencapai paras ketinggian terbaru sejak Mei 2017 itu sekitar 1.38200, harga kembali bergerak lemah ekoran ucapan Presiden A.S Donald Trump berhubung isu Coronavirus gagal memberikan keyakinan terhadap pelabur dan menambah tekanan buat dagangan US dolar.

Namun harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di USD/CAD memberi isyarat trend masih bullish.

Harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dan jika melepasi paras ketinggian terbaru, harga akan mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak Februari 2016.

Harga juga berkemungkinan akan membuat penurunan sekiranya US dolar terus diniagakan lemah. Penurunan lebih rendah di bawah paras MA50 akan menuju semula zon RBS (resistance become support) pada 1.34600.

Terus pantau perkembangan pasaran minyak mentah serta penularan wabak COVID-19 yang mempengaruhi pergerakan kedua-dua matawang Greenback dan Loonie.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat