Ketidaktentuan Pasaran Kembali Buatkan Ekuiti Susut Semula

99

Sesi dagangan pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) kembali menyusut dalam aliran tidak menentu selepas mencatat keuntungan pada minggu lalu sementara komoditi minyak mencengkam paras tinggi rentetan keputusan perbincangan Group of Seven (G7).

Ketika sesi Wall Street, indeks-indeks utama dilihat bergerak dalam ketidaktentuan namun lebih terarah ke wilayah ‘merah’ daripada pencapaian keuntungan minggu lalu.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 62.24 mata (0.2%) pada 31,438.26, S&P 500 hilang 11.63 mata (0.30%) pada 3,900.11 dan Nasdaq Composite turun 83.07 (0.72%) pada 11,524.55.

Jelas Jake Dollarhide dari Longbow Asset Management, ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pasaran masih dalam fasa bearish sungguhpun indeks-indeks mencatat keuntungan pada sesi minggu lalu.

Penanda aras MSCI saham seluruh dunia pula capai 0.31% sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 0.52%.

Pada sisi berbeza, hasil perbendaharaan mencatat lonjakan dengan nota 10 tahun tambah 7 mata asas pada 3.194% dan nota 2 tahun canak 6.9 mata asas pada 3.126%.

Aliran mata wang memperlihatkan Ruble Rusia kehilangan tapak apabila negara tersebut dikenakan status default rentetan kegagalan pelaksanaan hutang.

Dolar AS juga diniagakan lemah berbanding sejumlah mata wang lain, diapit kebimbangan inflasi dan kenaikan kadar faedah, sementara Euro naik dengan jangkaan lonjakan kadar faedah Bank Pusat Eropah (ECB).

Bagi komoditi pula, harga minyak mencanak selepas G7 mengesahkan janji untuk melaksanakan sekatan baru terhadap Rusia termasuk rancangan menghadkan minyak keluaran negara pemerintahan Vladimir Putin itu.

Ekoran itu, niaga hadapan minyak Brent naik $1.97 (1.7%) pada $115.09 sementara minyak mentah WTI tambah $1.95 (1.8%) pada $109.57.

Buat masa ini, kenaikan harga minyak turut menambah tekanan inflasi yang boleh membawa kepada tindakan agresif Federal Reserve (Fed) dalam perlaksanaan dasar monetarinya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat