Ketidaktentuan Pasaran Menganggu Pergerakan Logam Berharga

33

Harga emas hampir tidak berubah pada Khamis berikutan sentimen pasaran yang bercampur-campur. Pasaran dikatakan sedang mencerna perjalanan pilihanraya presiden Amerika Syarikat berdasarkan ketiga-tiga siri debat yang telah berlangsung serta kenaikan kadar oleh Fed yang masih menjadi tanda tanya buat semua.

Emas bagi penghantaran Disember meningkat sedikit, manakala copper dan silver dikatakan didagang merosot.

Semalam, harga emas diniagakan meningkat berikutan penurunan nilai US Dollar sedikit demi sedikit.

Walaupun dinilai meningkat baru-baru ini, prospek emas kekal suram berikutan beberapa data yang dikeluarkan positif di AS, selain komen-komen agresif dari pegawai-pegawai Fed mengenai kenaikan kadar.

Majoriti pasaran menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar pada bulan Disember nanti.

Logam kuning ini amat sensitif terhadap pergerakan kadar kerana perubahan kadar akan turut merubah kos pembelian emas.

Artikel Inspirasi Ini Ditulis Khas Untuk Semua Remaja!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat