Ketidaktentuan Politik US Dan UK, ECB Pada Khamis Menyokong Yen, Usd/Jpy Terus Menjunam

39

Usd/Jpy jatuh mendadak dalam sesi dagangan Selasa pada sesi Asia, berikutan kebimbangan pelabur terhadap peristiwa (Event) yang akan berlaku minggu ini menyebabkan mereka beralih kepada aset safe-haven seperti Yen. Pasangan matawang ini jatuh ke paras 109.47 ketika ini yang merupakan paras terendah sejak 21 April lalu.

Pasaran dilihat begitu berhati-hati dengan keadaan semasa pasaran dan akan berterusan sehingga Khamis di mana UK akan berhadapan dengan pilihanraya umum, penetapan kadar ECB dan juga pengakuan bekas Pengarah FBI James Comey di hadapan Senat.

Ketidaktentuan pilihanraya UK semakin memuncak dengan tinjauan terkini pilihanraya yang dibuat oleh Survation menunjukkan Perdana Menteri May mendahului satu mata sahaja berbanding Parti Buruh (41.5% vs 40.4%).

Pada hari Khamis juga penetapan kadar ECB akan berlangsung dengan pasaran akan menumpukan kepada kenyataan awal dan juga sidang media Draghi. Pasaran ketika ini menjangka tiada perubahan kepada polisi semasa dan berkemungkinan kenyataan ECB dan Draghi kali ini adalah kurang dovish.

Akhir sekali iaitu, pengakuan James Comey di hadapan Senat yang akan memberi risiko kepada kedudukan pentadbiran Trump dan meningkatkan potensi usaha kepada pemecatan beliau khususnya dari pihak Demokrat.

Matawang Yen mendapat faedah daripada sentimen semasa pasaran dengan Usd/Jpy cuba menguji support di sekitar 21-24 April lalu. Kejatuhan daripada paras ini akan meletakkan support seterusnya di sekitar 108.13.

Selain Yen, satu lagi aset safe-haven iaitu emas turut mendapat sokongan dari keadaan sentimen semasa. Kini emas mencapai paras tertinggi sejak 14 April lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat