Ketua IMF Keluarkan Amaran Mengenai Prospek Pertumbuhah Ekonomi Global!

458

Ketua IMF, Kristalina Georgieva telah mengeluarkan ulasan yang tidak sedap untuk didengar oleh pemain pasaran pada hari ini. Beliau berpandangan bahawa ekonomi global berkemungkinan akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih sepenuhnya dari kejutan ekonomi yang disebabkan penularan wabak Covid-19. Selain itu beliau juga menekankan isu proteksionisme yang diamalkan oleh segelintir negara.

Menurut beliau, IMF berkemungkinan akan mengubah semula prospek ekonomi yang menjangkakan penguncupan sebanyak 3% dalam KDNK pada tahun 2020 dan pemulihan ekonomi sebanyak 5.8% pada tahun 2021.

Berdasarkan wawancaran dengan Reuters, beliau memberitahu bahawa data dari seluruh dunia adalah lebih buruk daripada yang dijangkakan. IMF akan mengeluarkan unjuran global yang baru pada bulan Jun nanti.

Dalam masa yang sama beliau turut mengulas mengenai isu ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China dengan menyeru agar negara-negara terlibat menjaga aliran perdagangan terbuka antara satu sama lain. Hal ini adalah supaya, dunia dapat mengatasi krisis yang sedang dihadapi ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat