Ketua Penganalisis FBS yang terkenal sedang membuat liputan pilihanraya Amerika Syarikat secara langsung

551

Broker dalam talian FBS akan membuat liputan pilihanraya Amerika Syarikat secara langsung. Pada Hari Pilihanraya (Election Day) pedagang boleh menikmati ulasan dan pandangan dari Ketua Penganalisis Nour Eldeen Al-Hammoury, dan menjejak perubahan-perubahan di pasaran secara masa-nyata. Pilihanraya presiden Amerika Syarikat akan berlangsung pada 3 November dan ia detik penting yang
akan menentukan pasaran global.

Baik proses pengiraan undi mahupun keputusannya nanti akan memberikan impak yang besar ke atas USD, SP500, dan aset-aset lain.

Syarikat perbrokeran FBS akan menyajikan kepada para pelanggannya satu peluang yang eksklusif menonton proses pilihanraya AS secara langsung bersama Ketua Penganalisis FBS, Nour Eldeen Al-Hammoury. Di acara penstriman langsung ini, para pedagang akan dapat melihat sebut harga dan berita terperinci tentang perubahan di pasaran dikemaskini secara masa-nyata.

Mereka juga akan menerima komentar, wawasan, dan tips dari hos dan berpeluang untuk mengajukan sendiri soalan mereka. Nour Eldeen Al-Hammoury seorang pakar strategi pasaran bebas, bekas Penganalisis Bisnes Senior di Skynews Arabia, dan seorang pedagang yang berpengalaman selama lebih 13 tahun mengkhusus dalam sektor Forex, perkembangan ekonomi global, dasar-dasar bank pusat dan analisis interpasaran. Beliau menggabungkan analisis teknikal dan fundamental dengan keadaan ekonomi global dan salah seorang dari mereka yang telah meramalkan dan memberikan amaran tentang krisis kewangan 2007 sebelum ia terjadi.

Penstriman secara langsung ini akan diadakan di dalam Bahasa Inggeris dan akan bersiaran sepanjang Hari Pilihanraya.

Tonton terus di YouTube  —  https://bit.ly/2TMfgmC

Tonton terus di Facebook  — https://bit.ly/2HYP7OS

__
FBS adalah sebuah broker antarabangsa dengan kehadiran di lebih 190 negara dan lebih dari 15 000 000 pelanggan. Ia terkenal dengan aneka peraduan dan promosi yang kerap, pelbagai, dan memanfaatkan, yang mendapat sambutan hangat dari komuniti perdagangan dari seluruh dunia. Selain dari itu, broker ini juga menawarkan pelbagai servis istimewa yang menjadikan perdagangan lebih menyenangkan dan berkelebihan seperti bebas-swap, VPS, dan banyak lagi.

Rakan Perdagangan Rasmi FC Barcelona sejak Januari 2020.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat