Ketua Perunding Brexit EU Beri Amaran Di Tengah Perbincangan Minggu Pertama EU-UK!

327

Pada hari ini, Ketua perunding Brexit Kesatuan Eropah, Michel Barnier telah memberi amaran mengenai “pergeseran serius” dengan U.K selepas kedua-dua pihak menamatkan rundingan minggu pertama mereka dalam membincangkan hala tuju kedua-dua belah pihak pada masa hadapan.

Barnier telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua pihak kini sedang menghadapi masalah dalam empat isu utama iaitu dasar persaingan, kerjasama dalam menangani isu keadilan dan jenayah, pengawalan pengairan UK dan perstrukturan bagi apa-apa perjanjian.

Lanjut Barnier, terdapat banyak pergeseran yang serius dalam rundingan, walaubagaimanapun kesepakatan perjanjian boleh berlaku namun sukar. Selepas tiga tahun rundingan, kedua-dua belah pihak masih belum dapat mencapai kata sepakat terutama dalam isu kawasan perairan. Kegagalan mencapai persetujuan menjelang akhir tahun akan menyebabkan kedua-dua belah pihak terpaksa mengikut peraturan-peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Di pihak UK, mereka mahu satu siri perjanjian yang berasingan sekiranya beberapa isu tidak dapat mencapai kesepakatan. Disisi lain, Kesatuan Eropah menegaskan bahawa mesti adanya kesepakatan secara keseluruhan namun tergantung pada UK untuk menyetujui dalam isu perikan dan piawaian utama Eropah.

Walaubagaimanapun, lanjut Barnier, perbincangan yang dijalankan kelihatan positif dan kedua-dua pihak ingin mencapai kesepakatan. Rundingan minggu ini menandakan hubungan rasmi pertama sejak U.K. meninggalkan EU pada 31 Januari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat