Keuntungan Bersih Suku Ketiga Maybank Jatuh 13.7% Pada RM1.68 Bilion

285

Baru ingat nak belanja itik salai masak lemak dah keuntungan Maybank turun.

Keuntungan suku ketiga (3Q) Malayan Banking Bhd (Maybank) yang berakhir pada 30 September 2021 (3QFY21) mencatat penyusutan 13.7% tahun ke tahun (y-o-y) pada RM1.68 bilion dari RM1.95 bilion sebelumnya kerana terdapat penurunan pendapatan berasaskan yuran bersih serta kerugian dalam kemerosotan nilai bersih bersih yang tinggi.

Pemfailan Bursa pada Khamis menyatakan pendapatan sukunya menurun RM11.15 bilion kepada RM13.76 bilion.

Pendapatan sesaham Maybank menyusut dari 14.41 sen kepada 17.37 sen dan tiada sebarang pengisytiharan dividen.

Bagi tempoh kumulatif 9 bulan sehingga 30 September 2021, Maybank mencatat kenaikan pada keuntungan bersihnya dari RM6.04 bilion kepada RM4.94 bilion tahun sebelumnya walaupun terdapat penurunan pendapatan sebanyak RM34.7 bilion berbanding RM38.79 sebelumnya.

Menjejaki prestasinya, Maybank menyatakan kerugian dalam kemerosotan nilai bersihnya menurun 28.3% pada RM2.56 bilion dari RM3.57 bilion tahun sebelumnya selepas kumpulan itu mendapat manfaat daripada pendirian berhemat dalam mempercepatkan peruntukan andaian yang berpandangan ke hadapan.

Maybank berkata lagi, jumlah pinjaman kasar kumpulan naik 4% y-o-y pada 30 September yang didorong oleh kenaikan sebanyak 11.3% dan 2.2% dalam operasi Singapura dan Malaysia sementara operasi Indonesia menurun 9.9%.

Dalam pada itu, Maybank berhujah disebabkan wabak Covid-19 yang melanda dunia sejak 2 tahun lalu sehingga mengganggu aktiviti perniagaan dan ekonomi dunia, mereka telah menyokong pelanggannya dengan pelbagai inisiatif bantuan pembayaran balik dan program penjadualan serta penstrukturan semula (R&R) dari Februari 2020 bagi membantu meringankan beban aliran tunai pelanggan dan berusaha ke arah menstabilkan mata pencarian mereka.

Dalam satu kenyataan berasingan, pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata walaupun terdapat kesan sekatan pergerakan terhadap prestasi 3QFY21, kecairan dan asas modal yang kukuh akan membolehkan mereka memanfaatkan peluang pertumbuhan yang muncul dengan pembukaan semula ekonomi.

Sementara itu, presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias, pula ​​berkata Maybank akan terus menyediakan penyelesaian kewangan yang sesuai bagi memenuhi keperluan semasa pelanggan yang telah beralih daripada pemeliharaan kepada pertumbuhan dengan pembukaan semula ekonomi sambil terus menyokong pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan.

Setakat tengah hari, saham Maybank naik 3 sen pada RM8.15 dengan permodalan pasaran bernilai RM96.77 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat