Keyakinan Pengguna AS Meningkat ke Paras Tertinggi 16-Tahun Lepas

46

Indeks keyakinan pengguna yang meningkat pada Februari ke paras tertinggi sejak 15 Tahun lepas pada Februari kali ini melonjak sekali lagi ke paras tertinggi 16 tahun lepas.

Bacaan kali ini merekodkan kenaikan ke paras 125.6 berbanding bacaan kajian semula 116.1 direkodkan sebelum ini yang asalnya dilaporkan 114.8.

Tinjauan keyakinan pengguna ini yang dikeluarkan setiap bulan dibuat oleh Conference Board oleh Nielsen, satu organisasi terkemuka global dalam menyediakan maklumat pengguna.

Pengarah Petunjuk Ekonomi, Lynn Franco berkata, “Keadaan pengguna dan pekerjaan meningkat lebih tinggi bulan ini berbanding Februari. Keadaan pasaran semakin baik jika dilihat dengan sektor perniagaan dalam jangka pendek, tidak lupa juga kepada pasaran pekerjaan dan pendapatan. Secara keseluruhan, pengguna di US menjangkakan ekonomi akan terus berkembang beberapa bulan akan datang.”

Indeks situasi semasa naik kepada 143.1 dari 134.4 sebelum ini, manakala indeks jangkaan menguat dari 103.9 kepada 113.8. Jumlah responden yang mengatakan keadaan perniagaan adalah baik meningkat kepada 32.2% dari 28.2% sebelum ini.

Jika dilihat dengan laporan hari ini, keyakinan pengguna dalam ekonomi, khususnya sektor pekerjaan akan membantu meningkatkan perbelanjaan pengguna beberapa bulan akan datang. Bacaan pada beberapa bulan lepas juga menunjukkan keyakinan pengguna yang semakin kukuh.

Reaksi pasaran yang signifikan dapat dilihat selepas data ini dikeluarkan, dengan US dolar menguat di mana Usd/Jpy naik 18 pip tetapi melemah semula selepas 20 minit data dikeluarkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat