Keyakinan Pengguna Semakin Merosot, Pasaran Mula Meragui Hala Tuju Ekonomi A.S?

1,361

Tinjaun keyakinan pengguna A.S. didapati jatuh pada bulan Jun ke paras terendah 16 bulan pada 98.7, apabila rakyat Amerika semakin bimbang terhadap harga gas dan makanan yang tinggi serta kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi.

Perkembangan ekonomi Amerika Syarikat (A.S) telah mula berkembang perlahan dan dijangka perkara ini akan berterusan. Dalam masa yang sama, Rizab Persekutuan pula megambil langkah menaikkan kadar faedah dalam rangka untuk cuba menjinakkan inflasi tertinggi dalam 40 tahun. Harga gas telah melambung tinggi, begitu juga dengan kos barangan runcit yang telah meningkat paling banyak dalam beberapa dekad dan harga perumahan yang mahal.

Kadar yang lebih tinggi meningkatkan kos pinjaman dan cenderung mendorong pengguna dan perniagaan berbelanja lebih sedikit. Apa yang menghalang keyakinan pengguna daripada jatuh lebih jauh ialah pasaran buruh A.S. yang terus kukuh dalam beberapa dekad. Banyak syarikat masih mengambil pekerja dan pemberhentian pekerja berada pada tahap terendah.

Kebanyakkan orang ramai masih berasa selamat dengan pekerjaan mereka. Pakar ekonomi berpendapat selagi itu masih berlaku maka ekonomi berkemungkinan masih sihat. Namun jika pemberhentian mula meningkat dengan ketara maka pasaran harus bersiap sedia dengan kemelesetan yang berkemungkinan berlaku.

Indeks Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan menurun pada bulan Jun, berikutan penurunan pada bulan Mei. Indeks jatuh kepada 98.7 (1985=100)—turun 4.5 mata daripada 103.2 pada bulan Mei—dan kini berada pada paras terendah sejak Februari 2021.Ukuran keyakinan yang serupa yang mengukur unjuran enam bulan kehadapan jatuh lebih mendadak kepada 66.4 daripada 73.7.

“Tinjauan pengguna yang lebih suram didorong oleh peningkatan kebimbangan mengenai inflasi, khususnya kenaikan harga gas dan makanan,” kata Lynn Franco, pengarah kanan penunjuk ekonomi di lembaga persidangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat