Keyakinan Pengguna Zon-Eropah Meningkat Kepada -5.0

40

Data keyakinan pengguna Zon-Eropah menguat kepada -5.0 pada Mac berbanding -6.2 sebelum ini yang semakin hampir dengan bacaan tertinggi dua tahun lepas. Indeks ini kekal baik di atas purata jangka panjang -12.

Terdapat sedikit kemerosotan dalam keyakinan pengguna dalam komponen ‘situasi kewangan isirumah’ sepanjang 12 bulan ke hadapan, walaupun keyakinan secara umum semakin baik dan juga keyakinan pengguna yang meningkat sedikit terhadap simpanan wang mereka.

Komponen pasaran pekerjaan juga semakin meningkat dengan mencatatkan bacaan tertinggi dari segi trend pengangguran 12 bulan akan datang. Jangkaan kepada harga juga merekodkan kenaikan dalam tempoh sama.

Dalam data berasingan, keyakinan di Perancis tidak berubah, manakala Itali sedikit meyakinkan.

Data terbaru ini terus menunjukkan trend yang kukuh dalam pasaran pekerjaan yang akan membantu keyakinan pengguna dalam jangka pendek.

Trend inflasi adalah penting yang akan menyokong kepada keyakinan dalam jangka pendek di mana keyakinan semakin tinggi terhadap ‘kadar upah sebenar’.

Perkembangan politik di Zon-Eropah juga akan diperhatikan dengan teliti, walaupun risiko politik di Perancis semakin berkurangan dengan Emmanuel Macron terus mendahului tinjauan pendapat ketika ini berbanding Le Pen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat