Keyakinan Perniagaan Australia Kukuh Pada Bulan Disember

190

National Australia Bank (NAB) telah mengeluarkan laporan indeks keyakinan perniagaan bulan Disember pada hari Selasa. Indeks keyakinan perniagaan meningkat 4 mata kepada +11 mata pada bulan Disember. Bacaan ini merupakan rekod tertinggi sejak Julai 2017, walaupun sedikit tersasar daripada jangkaan penganalisis.

Hal ini menunjukkan keadaan perniagaan kekal stabil. Peningkatan ini juga didorong oleh pengukuhan ekonomi global.

Ketua ekonomi NAB, Alan Oster berpendapat keyakinan dan keadaan perniagaan yang stabil akan menggalakkan pelaburan.

Jualan dan keuntungan juga menunjukkan pertumbuhan pada bulan Disember. Namun pertumbuhan pekerjaan masih lagi bertumbuh perlahan. Indeks pekerjaan menunjukkan pertumbuhan perlahan dalam sekitar 240,000 setahun.

Menurut, Alan Oster, peningkatan kadar faedah sukar untuk berlaku, kecuali kadar pekerjaan dan kadar upah menunjukkan pertumbuhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat