Keyakinan Semakin Meningkat Dalam Ekonomi Terbesar Dunia

56

 

Aktiviti ekonomi pada suku keempat menunjukkan isyarat semakin baik dalam ekonomi terbesar dunia ini. Indeks pembuatan (The Fed Bank of Richmond) naik kepada angka 8 daripada 4 pada bulan sebelum. Jangkaan Penganalisis adalah  kenaikan kepada 5 untuk bulan sama. Manakala indeks pembuatan (The Fed Bank Of Dallas) mencatatkan kenaikan dari 10.2 pada Oktober kepada 15.5 bulan November.

Data lebih penting yang dikeluarkan semalam iaitu Indeks keyakinan pengguna (Consumer Confidence Index) turut mencatatakan kenaikan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan lalu. Manakala, bacaan untuk bulan Disember menunjukkan indeks yang meningkat ke paras 113.7 daripada 109.4 bulan lalu. Jangkaan penganalisis bagi bacaan ini ialah 108.9.

Menurut penganalisis Lynn Franco, “Selepas pilihanraya yang lalu kita melihat peningkatan keyakinan dalam ekonomi, pekerjaan, pendapatan, dan juga pasaran ekuiti yang melonjak ke paras tertinggi sejak 13 tahun lalu”.

Dalam masa yang sama, harga rumah di US juga meningkat pada Oktober ke paras tertinggi sejak krisis sub-prima 2008 yang menunjukkan tanda-tanda jumlah pekerjaan yang semakin meningkat dan juga pendapatan yang semakin tinggi meningkatkan permintaan dalam sektor perumahan.

Indeks harga rumah kebangsaan naik 5.6% dalam masad 12 bulan sehingga Oktober lebih tinggi daripada 5.4% pada bulan sebelum.

Ekonomi US baru-baru ini juga mencatatkan pertumbuhan ekonomi 3.5% pada suku ketiga yang lebih tinggi dari pertumbuhan pada suku sebelum dan jangkaan penganalisis. Peningkatan ini menunjukkan ekonomi US mengakhiri akhir tahun dengan catatan yang kukuh dan meyakinkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat