KFC Memperkenalkan ‘Bitcoin Bucket’ Yang Boleh Dibeli Menggunakan Bitcoin

1,688

KFC sebuah rangkaian restoran makanan segera terkemuka dunia menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran untuk tempoh yang terhad di Kanada. Kempen pemasaran yang bermula pada 12 Januari itu menunjukkan KFC cawangan Kanada memperkenalkan ‘bitcoin bucket’ yang berharga CAD$20.

Adakah KFC akan menjadi pemain pertama dalam industri blockchain makanan atau ia hanyalah satu idea pemasaran yang bijak denga tren terkini?

Pertama sekali apa yang anda perlu tahu, anda tidak boleh membeli KFC ‘bitcoin bucket’ ini dengan datang ke kedai dan membayar dengan bitcoin di kaunter pembayaran, tetapi anda perlu membayar bitcoin dengan menggunakan BitPay salah satu pilihan platform pembayaran bitcoin yang boleh digunakan.

Antara tweet yang menarik oleh KFC adalah seperti di atas berbunyi “jika Satoshi (pencipta bitcoin) mendedahkan identitinya yang sebenar, dia akan dapat ‘bucket’ percuma dari kami”. Ia satu teknik pemasaran yang agak catchy oleh KFC sehingga menarik perhatian dunia, bahkan melonjakkan nilai saham mereka.

Dalam perkembangan yang seakan sama, Kodak syarikat fotografi tertua mengumumkan ICO (initial coin offering) mereka pada 9 Januari lalu, yang bernama ‘KodakOne’. KodakOne dilapor akan digunakan untuk mendaftarkan gambar berlesen di paltform KodakOne yang baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat