Khabar Baik! Pengguna MasterCard Selepas Ini Boleh Beli NFT Secara Langsung

519

MasterCard yang merupakan syarikat pemprosesan pembayaran utama sebaris dengan VISA sebelum ini telah menunjukkan keterbukaan terhadap NFT. Terkini, MasterCard menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama dengan pasaran NFT terkemuka dalam rangka untuk menawarkan pilihan pembayaran NFT yang mudah kepada penggunanya.

Berdasarkan kenyataan akhbar rasminya, MasterCard meneruskan usahanya untuk meneroka NFT dan mengembangkan mekanisme web3 dengan bekerjasama dengan pasaran NFT utama. Senarai itu termasuk beberapa  pasaran NFT terkemuka termasuk Immutable X, Candy Digital, The Sandbox, Mintable, Spring, Nifty Gateway dan penyedia infrastruktur Web3 MoonPay.

Motif kerjasama dengan pasaran NFT ini adalah untuk memperkukuhkan web3nya dan membenarkan lebih ramai pengguna membeli NFT secara terus melalui penggunaan kad Mastercard, tanpa perlu membeli mata wang kripto terlebih dahulu.

Menurut, kenyataan umum, “Kami bekerjasama dengan syarikat-syarikat ini untuk membenarkan orang ramai menggunakan kad Mastercard mereka untuk pembelian NFT. Dengan 2.9 bilion pengguna kad Mastercard di seluruh dunia, perubahan ini boleh memberi kesan besar kepada ekosistem NFT.”

Syarikat itu berhasrat untuk memudahkan proses perdagangan NFT dengan memudahkan pembelian NFT secara terus untuk pengguna tanpa perlu melalui beberapa kerumitan.

Siaran akhbar selanjutnya memetik tinjauan NFT yang dijalankan oleh MasterCard yang mendakwa bahawa pengguna kini mencari kaedah yang lebih fleksibel.

“Tinjauan MasterCard baharu terhadap lebih 35,000 orang di 40 negara mendapati bahawa 45% telah membeli NFT atau akan mempertimbangkan untuk berbuat demikian. Kira-kira separuh daripada itu mencari fleksibiliti dalam cara pembayaran seperti melalui penggunaan kad kredit atau debit”.

Ini bukan kali pertama MasterCard memutuskan untuk meneroka NFT. Pada Januari 2022, syarikat itu telah bekerjasama dengan Coinbasedengan membenarkan penggunanya membeli NFT daripada pasaran Coinbase NFT.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat