Khabib Tidak Akan Dilucutkan Daripada Kejuaraan UFC

1,037

Khabib Nurmagomedov tidak akan dilucutkan daripada kejuaraan UFC lightweight selepas perlawanan hujung minggu lalu walaupun beliau berperanan menimbulkan kekecohan selepas berjaya mengatasi McGregor.

Peninju yang berusia 30 tahun itu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah 27-0 dalam pertarungan seni beladiri campuran (MMA) di Las Vegas.

Walaubagaimanapun, McGregor telah digantung selama sebulan daripada menyertai sebarang kejohanan oleh Suruhanjaya Olahraga Nevada (NAC), sementara Khabib tidak dikenakan sebarang denda. Namun, siasatan masih dijalankan terhadap Khabib.

Dana White, Presiden UFC dalam satu kenyataan berkata Khabib sememangnya akan mendapat kejuaraan tersebut dan dia berkemungkinan akan mendapat penggantungan selama empat ke enam bulan.

Sehingga sekarang wang kemenangan Khabib masih ditahan oleh NAC sementara siasatan dijalankan dan terdapat ura-ura wang itu tidak diberikan kepada beliau.

White berpendapat, tidak sepatutnya NAC berbuat demikian dengan menahan kesemua wang kemenangan. Mereka sepatutnya mengenakan denda terhadap Khabib sebanyak $250,000, kata White.

Dana melihat tindakan Khabib memasuki kawasan penonton adalah satu kesilapan.

“Saya tak rasa, ramai orang yang tidak faham kenapa dia berbuat demikian, tetapi dia tak patut melakukannya. Beliau adalah juara dunia. Dia baru sahaja mengalahkan Conor di hadapan semua penonton di dunia. Berdiri, ambil tali pinggang itu. Orang yang berteriak daripada luar tiada apa-apanya.”

Dalam perkembangan sama, McGregor membayangkan mahu mengadakan perlawanan ulangan dengan Khabib.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat