Kim Jong-un Minta Maaf. Rupanya Ini Kisah Sebenar!

3,523

Siapa sangka rupanya insiden pembunuhan pegawai Korea Selatan oleh tentera Korea Utara semalam mempunyai kaitan dengan COVID-19.

Penasihat keselamatan negara Korea Selatan memberitahu tindakan menembak pegawai tersebut merupakan sebahagian daripada langkah untuk menangani penularan wabak koronavirus.

Kesal dengan kejadian melulu itu akhirnya mendorong pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un meminta maaf kepada seluruh warganegara Korea Selatan menerusi surat yang dikirimkan kepada Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in hari ini.

Beliau menyifatkan kejadian itu tidak disangka dan tidak wajar berlaku dengan janji akan menghukum pihak yang terlibat.

Pada waktu yang sama, tindakan Jong-un meminta maaf kepada Jae-in, yang mana luar dari sikap kebiasaannya turut menimbulkan spekulasi jika ketegangan dua wilayah tersebut berpotensi untuk kembali jernih.

Berdasarkan laporan lanjut mangsa, 47 tahun telah ditembak lebih daripada 10 kali selepas enggan mendedahkan identitinya dan cuba untuk melarikan diri ketika disoal siasat.

Bimbang jika mangsa membawa wabak COVID-19, tentera Korea Utara membakar mangsa bersama dengan alat pelampung yang digunakan mangsa di lautan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat