Kim Jong-Un Nak ‘Pancing’ Biden!

393

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berjanji akan memperkuat sistem senjata nuklear negaranya, beberapa hari sebelum Joe Biden menjawat jawatan presiden AS. Menurut penganalisis, Kim didakwa ingin menarik perhatian pentadbiran Biden.

Hal ini berikutan oleh sidang kemuncak nuklear antara Kim dan Presiden AS, Donald Trump di Hanoi pada Februari 2019, telah gagal.

Sebelum ini, pemimpin Korea Utara tersebut telah menyifatkan AS sebagai musuh utama negara pimpinannya. Oleh yang demikian, prinsip dan polisi negara berkenaan tidak akan berubah meskipun tampuk pimpinan AS akan bertukar tangan. Lebih parah lagi, Kim menggelarkan Biden sebagai seekor anjing yang patut dibunuh.

Sementara itu, Korea Utara telah menyelesaikan rancangan untuk membina kapal selam bertenaga nuklear, dan mengemukakan senarai belanjawan termasuk kepala peluncur hipersonik, satelit pengintip ketenteraan dan peluru berpandu balistik (ICBM).

Untuk pengetahuan semua, program senjata Pyongyang telah membuat kemajuan pesat di bawah pemerintahan Kim, dan berjaya mencipta peluru berpandu terbesar di dunia.

Walau bagaimanapun, Korea Utara mendakwa bahawa mereka akan membalas tindakan AS setimpal dengan apa yang mereka terima. Jika AS berkelakuan kasar, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk turut berbuat demikian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat