Kimchi Pun China Nak Tuntut?

1,030

Kimchi tidak sekadar kubis yang dijeruk, tetapi memainkan peranan penting dalam budaya makanan Korea, dan proses penghasilannya menerima pengiktirafan piawaian global selama hampir dua dekad, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Kementerian Pertanian Seoul.

Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar membuat kenyataan itu sebagai membantah dakwaan media China, bahawa Beijing telah memenangi perakuan dari Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) untuk proses pembuatan kimchinya.

Lapor Bernama, kementerian itu mengatakan Beijing memenangi sijil ISO untuk pao cai, sejenis sayur acar lain yang merupakan antara juadah di China, ia ‘tiada kaitan dengan kimchi’.

“Kita perlu faham pao cai berbeza dengan kimchi,” kata kementerian itu.

China memulakan proses piawaian pao chai pada 2019, dan lima anggota ISO – China, Turki, India, Iran dan Serbia – minggu lalu meluluskannya menurut dokumen ISO, yang turut dilaporan menyebut ‘Dokumen ini tidak tertakluk untuk kimchi’.

Kementerian itu mengatakan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), secara rasmi mengakui standard industri untuk kimchi pada 2001, yang menyatakan ramuan, pelabelan makanan tambahan dan nama produk berkenaan.

Tuntutan China mahu menjadikan standard antarabangsa untuk kimchi mencetuskan reaksi hangat dalam kalangan media media tempatan, kerana ramai menganggap kimchi makanan utama Korea dan sering dikaitkan dengan identiti negara.

Seluruh proses pembuatan kimchi, yang disebut ‘kimjang’ – mencuci dan mengasinkan sayur-sayuran, menumisnya dengan bawang putih, lada merah dan ikan masin serta menyimpannya di dalam balang tanah liat – telah diumumkan sebagai Warisan Kemanusiaan Tidak Ketara UNESCO pada 2013.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat