King Dolar Kekal Dominasi, EUR/USD Bakal Catat Paras Terendah 20 Tahun?

250

US dolar kekalkan momentum pengukuhannya untuk mendominasi pasaran kewangan di awal minggu ini selepas pelabur masih menghadam lonjakan inflasi tertinggi sejak 1981 di Amerika Syarikat (AS) pada terbitan data pada Jumaat lalu.

Selain hasil bon AS yang turut melonjak, pengukuhan US dolar kini dipacu oleh jangkaan kenaikan ketara sehingga 75 mata asas kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat FOMC minggu ini.

Sebagai mata wang anti-USD, Euro gagal bertahan menerima asakan ganas oleh US dolar sehingga susut ke paras terendah 1 bulan.

Laporan sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW pada sesi Eropah hari ini akan diberi perhatian pelabur yang berkemungkinan akan mempengaruhi pergerakan Euro.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan harga diteruskan pada pembukaan pasaran awal minggu ini menyambung penurunan pada penghujung minggu lalu.

Harga dilihat susut di bawah zon 1.05000 kemudiannya telah turun sehingga mencecah ke zon support terbaru pada 1.04000.

Pergerakan harga kekal bearish dengan isyarat harga yang bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Zon support pada 1.04000 ini sebenarnya telah menjadi sokongan harga pada dagangan 2016 yang lalu sebelum berjaya melonjakkan semula harga.

Sekiranya harga susut di bawah zon tersebut, sasaran terbaru penurunan dilihat boleh mencecah sehingga paras 1.03000 sekaligus merekodkan paras terendahsejak 2002, iaitu terendah 20 tahun!

Namun, sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula, rintangan awal yang bakal diuji adalah pada sekitar zon 1.05000 semula.

Dan kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan membawa petunjuk untuk kemungkinan perubahan trend akan berlaku.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat