‘King’ Sudah Bangun Namun Ekuiti Hanya Mampu Bergerak Macam Ini Saja

179

Pasaran saham terbesar dunia, Wall Street di Amerika Syarikat (AS) kembali berdagang selepas bercuti Labor Day namun data ekonomi yang kukuh merubah sentimen pasaran.

Bacaan data perkhidmatan PMI tinjauan ISM di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan catatan mengukuh buat 2 bulan berturut-turut mencadangkan ekonomi berkembang dengan baik, lantas mengesahkan ramalan kenaikan kadar faedah lebih agresif.

Terdahulu, Pengerusi Federal Reserve (Fed) memberi gambaran kenaikan kadar setinggi 75 mata asas bagi mencapai julat pada 3% ke 3.25%.

Atas faktor tersebut indeks Dow Jones Industrial jatuh 0.55% pada 31,145.3, S&P 500 hilang 0.41% pada 3,908 dan Nasdaq Composite susut 0.74% pada 11,544.91.

Di zon Eropah pula, indeks STOXX 600 naik 0.24% sementara tolok MSCI saham seluruh dunia susut 0.47%.

Menyingkap rantau Asia, Nikkei 225 Jepun turun 0.41% tatkala Topix rendah 0.37% sementara Kospi Korea Selatan gugur 0.73% dan S&P/ASX 200 jatuh 0.47%.

Dalam pada itu, sentimen dijangka suram dengan Fed dan Bank Pusat Eropah akan mengadakan persidangan pada akhir minggu ini.

Ringkasan mata wang memperlihatkan indeks dolar mengukuh 0.6% sementara Euro jatuh 0.27% pada $0.9899 tatkala Yen Jepun melemah 1.53% pada $142.80 dan Pound naik 0.03% pada $1.1516 selepas Liz Truss menjadi Perdana Menteri UK terbaru.

Pergerakan hasil bon turut mencanak apabila hasil Perbendaharaan 10 tahun naik 3.353% sementara hasil Perbendaharaan 30 tahun lonjak 3.484%.

Bagi komoditi, harga minyak Brent jatuh 3% pada $92.83 dan WTI susut pada $86.88 sementara spot emas turun 0.6% pada $1,700.37 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat