‘King’ USD Mengamuk Tak Ingat Dunia, Inflasi AS Masih Berapi!

459

Kejutan inflasi Amerika Syarikat telah memacu lonjakan drastik raja US dolar dan sekali gus menenggelamkan kebanyakan mata wang utama ke paras terendah.

Data terbaru daripada Jabatan Buruh menunjukkan indeks harga pengguna (CPI) AS meningkat 0.1% pada Ogos secara asas bulanan setelah dicatatkan tidak berubah pada Julai.

Sementara inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu) juga menokok kepada 0.6% daripada 0.3% yang menjadi jangkaan dan dicatatkan bulan sebelumnya.

Pada asas tahunan pula, inflasi menurun kepada 8.3% pada Ogos daripada 8.5% sebelumnya. Walaupun menurun, tetapi bacaan yang direkodkan malangnya lebih kuat daripada dijangkakan untuk susut kepada 8.1%.

Ekoran daripada itu, pelabur melihat bahawa tekanan harga di AS masih lagi kukuh dan ini menguatkan lagi jangkaan peningkatan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat FOMC minggu depan.

Sebaik sahaja data CPI dikeluarkan, US dolar kembali meroket lebih tinggi yang menyaksikan indeks dolar mencatat keuntungan peratusan harian terbesarnya sebanyak 1.5% kepada 109.90.

Sementara kebanyakan mata wang utama pula kembali terperosok, terutamanya dagangan yen yang susut semula ke titik terendah 24 tahun berbanding greenback.

Euro pula tergelincir semula di bawah harga pariti pada 0.9970 berbanding US dolar, dan mata wang pound kembali menjunam menghampiri paras terlemah 37 tahun dengan pelabur kini menantikan data inflasi UK yang akan dikeluarkan pada sesi Eropah hari ini.

Di sisi lain, dolar Aussie dan Kanada tenggelam di dasar dua bulan, manakala dolar New Zealand terjun ke paras terendah lebih 2 tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat