Kini Anda Dapat Membeli Belah Dengan Menggunakan Matawang Crypto

1,096

WeMakePrice, merupakan salah satu pusat membeli belah atas talian yang utama dalam Korea Selatan. Syarikat tersebut telah membuat pengumuman bahawa pusat membeli belah mereka akan menerima pakai 12 jenis matawang crypto sebagai bentuk transaksi. Antara yang diterima pakai adalah Bitcoin, Ethereum dan Ripple.

Syarikat tersebut telah melakukan perkongsian perniagaan dengan Bithumb yang merupakan salah sebuah syarikat pertukaran dagangan matawang crypto.

Sistem pembayaran akan diintegrasikan dengan matawang digital kedalam Wimepey. Iaitu sebuah perkhidmatan pembayaran yang digunakan oleh pusat beli belah tersebut.

Berdasarkan laporan akhbar Korea Selatan, Yon Hap, perkhidmatan pembayaran menggunakan matawang crypto akan dilancarkan sejurus selepas kerajaan dan badan autoriti menetapkan polisi terhadap matawang digital.

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa kedai runcit telah mengunnakan matawang crypto sebagai medium pembayaran.

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat