Kini Giliran Arab Saudi Luluskan Vaksin Pfizer!

519

Menurut sebuah laporan, Arab Saudi telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer sekaligus menjadi negara Arab kedua yang berbuat demikian selepas Bahrain. Bahkan Badan Pengawasan Makanan dan Ubat Saudi (SFDA) telah mengemukakan kelulusan pendaftaran vaksin Pfizer dan BioNTech di Arab Saudi.

Berdasarkan sebuah kenyataan, negara berkenaan didakwa telah mengimport dan menggunakan vaksin tersebut. Walau bagaimanapun, organisasi yang terlibat tidak mendedahkan waktu penggunaan vaksin yang telah dibangunkan oleh Pfizer dan BioNTech.

Sebelum ini, Bahrain telah mengemukakan pengumuman bahawa mereka telah meluluskan penggunaan kecemasan vaksin yang sama begitu juga di Eropah, Britain dan Kanada yang juga berbuat demikian.

Selain itu, pengawal selia AS dikhabarkan telah mengadakan pertemuan yang bertujuan untuk menilai vaksin Pfizer-BioNTech untuk kelulusan penggunaan kecemasan di negara yang paling teruk terjejas di dunia itu dengan mencatatkan lebih 15 juta kes jangkitan Covid-19 dengan kira-kira 290,000 angka korban direkodkan.

Untuk pengetahuan semua, Arab Saudi telah melaporkan hampir 360,000 kes jangkitan COVID-19, jumlah paling tinggi dalam kalangan negara teluk, tetapi mencatatkan kadar kesembuhan yang tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat