Kini Trump Sedang Disiasat ‘Special Counsel’ Robert Mueller

62

Presiden Donald Trump sedang dalam siasatan oleh ‘Special Counsel‘ Robert Mueller berikutan potensi halangan keadilan oleh Trump, seperti yang dilaporkan oleh Washington Post pada Rabu.

Mueller sedang menyiasat dakwaan campurtangan Rusia dalam pilihanraya US 2016 dan juga potensi pakatan sulit dengan kempen Trump. Bekas pengarah FBI James Comey berkata kepada Kongres minggu lalu beliau dipecat kerana usaha Trump untuk mengganggu siasatan terhadap agensi Rusia.

Washington Post melaporkan, lima individu diminta untuk hadir dalam siasatan termasuk Dan Coats, pengarah perisikan kebangsaan, Mike Rogers ketua National Security Agency dan Richard Ledgett bekas timbalan pengarah NSA yang telah bersetuju untuk ditemubual oleh penyiasat Mueler awal minggu ini.

Siasatan terhadap halangan keadilan terhadap Trump bermula selepas Comey dipecat pada 9 Mei menurut individu yang mengetahui perkara ini.

Pihak guaman Trump pantas membuat kenyataan pada Rabu dengan menyatakan, “Kebocoran maklumat FBI berkaitan Presiden adalan melampau, tidak boleh dibiarkan dan haram,” kata Mark Corallo.

Beberapa pakar berkata kepada Reuters, testimoni Comey minggu lalu bahawa Trump mahu kesetiaan dan mahu Comey menggugurkan siasatan boleh meningkatkan dakwaan terhadap halangan keadilan kepada Presiden.

Comey tidak mahu membuat dakwaan secara langsung sama ada dia melihat itu sebagai halangan keadilan minggu lalu, dan menyerahkan perkara ini kepada Mueller untuk mentafsirkan perkara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat