Kisah lelaki ini yang dikaitkan dengan MT4 akan membuatkan kita berfikir sejenak

155

Hidup ibarat roda, kejap di atas kejap di bawah. Selalu dengar kan ayat ni? Naik dan turun itu perkara biasa dalam kehidupan dan kita boleh kaitkan dengan apa yang kita belajar dalam dunia trading ni.

Bercerita mengenai technical analysis, kita semua akan terfikir candlestick pattern yang dicipta oleh Homma, kita juga akan teringat mengenai Support & Resistance, begitu juga dengan Trendline, belum lagi indicator yang banyaknya seperti Moving Average, RSI, malah ada juga yang menggunakan Fibonacci Retracement.Kalau nak sebut indicator, beratus nanti akan keluar.

1 perkara besar yang sebenarnya kita boleh kaitkan dengan semua yang dipelajari kita adalah kehidupan kita juga sebenarnya merupakan satu chart.

Begini, cuba tarik 1 chart panjang bermula dari usia kita mula boleh berfikir dan buat keputusan sendiri. Kita ambil usia 8 tahun, usia kita boleh berfikir mengenai cita-cita kita sehingga hari ini.

Kita tengok kehidupan kita, adakah adanya naik turun sama seperti kita tengok chart MT4 setiap hari?

“Contohnya kita create seorang karakter ni, nama dia Nizam.

Nizam pada usia 8 tahun sangat aktif dan cerdas. Ada saja perkara nak dicakapkan dia akan cakap.

Dan cita-cita Nizam pada masa itu adalah nak jadi seorang doktor. Setiap hari semangat dia berkobar-kobar nak ke sekolah, belajar bersungguh-sungguh.

Ini semua disebabkan abangnya Nazri sudah menjadi seorang doktor yang berjaya dan sangat disayangi ibu bapa mereka.

Pemangkin kepada semangat Nizam adalah kejayaan abangnya, kita nampak Nizam dalam keadaaan uptrend satu fasa yang baik buatnya kerana mahu berjaya.

Keadaan uptrend Nizam lama kelamaan kadang naik kadang turun sehinggakan ada satu masa pada umur 13 tahun Nizam hampir melepaskan cita-citanya akibat keputusan UPSR yang tidak baik.

Namun dia tidak mengalah, nasib baik support tidak pecah. Kalau tidak, pasti Nizam tidak akan cuba berusaha kembali.

Pada waktu sekolah menengah, ibu bapa Nizam kemalangan dan dilaporkan meninggal di lokasi kemalangan.

Setelah dalam keadaan uptrend yang sangat baik, keluarnya candlestick shooting star merah dan tajam me-reject Resistance di atas, akhinya Nizam kecundang.

Nizam putus harapan, cita-cita Nizam dilupakan. Usaha selama ini tidak berpanjangan dan Nizam menjadi pelajar yang bermasalah.

Selama 5 tahun Nizam keluar masuk lokap, dibuang sekolah dan Nizam hilang arah tuju.

Keadaan downtrend Nizam disedari apabila dia teringat kembali akan kasih sayang ibu bapanya, apa yang mereka hajati dan Nizam nekad untuk menjadi manusia yang berguna dan berjaya.

Nizam kuatkan keazaman dan memulakan bisnes jubah. Nizam bermula sedikit demi sedikit dan matlamat yang jelas diletakkan supaya tidak berada dalam keadaan tidak pasti seperti sideway.

Akhirnya Nizam berjaya menjadi seorang tauke jubah terkenal dan berjaya mendapatkan kejayaan yang diingini walaupun bukan sebagai seorang doktor.”

Sama seperti kita hari ini, kita boleh lihat kembali perjalanan hidup kita. Adakah uptrend, downtrend atau sideway sahaja?

Hidup ini soal pilihan. Sejauh mana mahu berjaya dalam trading? Apakah matlamat sebenar dalam industri ini?

Ingat, matlamat yang jelas memerlukan tindakan yang jelas. Matlamat yang besar memerlukan tindakan yang besar.

Dan jika matlamat sekadar sebesar kuman, tindakan pun tak perlu sebesar gajah!

Cuba kaitkan dengan kehidupan, kaitkan dengan performance kita. Nescaya akan jumpa kaitan trading ini dengan pencapaian kita.

Yang naik akan turun, yang turun akan naik.

Jika anda dalam fasa downtrend, naikkan volume semangat untuk memanjat tangga kejayaan.

*Kisah Nizam hanyalah fiksyen yang tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat