Kiwi Catat Pengukuhan Namun NZD/USD Kekal Bearish

217

Setelah perjanjian perdagangan AS-China fasa pertama ditandatangani oleh Presiden AS Donald Trump dan Timbalan Presiden China Liu He awal pagi ini, sentimen pasaran semakin pulih dan mendorong pengukuhan pada matawang komoditi.

Turut mempamerkan kenaikan adalah matawang dolar New Zealand apabila harga menunjukkan kenaikan pada carta NZD/USD mengambil kesempatan ke atas dagangan US dolar yang menyusut.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta NZD/USD, setelah siri kenaikan harga sehingga penghujung Disember 2019, harga mula mempamerkan penurunan harga pada awal dagangan tahun 2020 bermula.

Harga yang mencecah paras terendah di paras 0.65830 semalam kemudiannya menunjukkan kenaikan semula melepasi garisan halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan diteruskan pada awal sesi Asia untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) sekitar paras 0.66300 dan juga trendline semasa.

Jika harga terus bergerak ke paras lebih tinggi, zon SBR sekitar paras 0.66800 dilihat akan menjadi tumpuan harga pada destinasi seterusnya.

Sebaliknya jika harga kembali turun semula lebih rendah di bawah garisan MA50, trend pada NZD/USD dilihat masih kekal bearish.

Penurunan dilihat akan menuju zon support sekitar 0.658000 dan 0.65700 selepas melepasi paras terendah semasa yang dicatatkan pada dagangan semalam.

Pelabur akan menantikan pula data pertumbuhan GDP China pada Jumaat yang dijangka akan memacu dagangan dolar New Zealand dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat