Kiwi Jadi Tumpuan Menjelang Penetapan Kadar Faedah oleh RBNZ

514

Matawang dolar New Zealand didagangkan lemah lima hari berturut-turut berikutan penguncupan hasil pulangan bon 10-tahun kerajaan yang dilaporkan. Perbezaan di antara hasil pulangan tersebut dengan hasil pulangan US mencatatkan sekitar -0.549 titik asas, iaitu paras terendah sejak awal November lalu. Perbezaan hasil pulangan yang semakin menguncup dikaitkan dengan jangkaan bank pusat New Zealand yang bernada dovish.

Namun, sentimen pasaran pada dagangan sesi Asia hari ini sedikit menyokong matawang NZD setelah laporan bahawa rundingan dagang AS-China sedikit memberikan gambaran yang positif setelah Presiden Donald Trump menyatakan beliau tidak mahu membebankan China dan akan mencapai persetujuan perdagangan bersama. Laporan tersebut telah memberi kesan yang positif terhadap dagangan matawang komoditi termasuk dolar NZD.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dijangka bakal mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% tidak berubah seperti sebelumnya. Penetapan kadar faedah dijadualkan akan dikeluarkan pada esok hari (RABU) jam 9 pagi waktu Malaysia.

Susulan itu, pelabur akan turut memberi perhatian terhadap kenyataan daripada Gabenor bank pusat, Adrian Orr dalam persidangan selepas keputusan penetapan kadar. Sebarang kenyataan beliau berpotensi untuk memberi impak secara terus terhadap pergerakan nilai dagangan Kiwi pada sesi pasaran Asia esok.

Data jangkaan awal inflasi di New Zealand yang dikeluarkan pada jam 10 pagi tadi masih mencatatkan bacaan angka kekal di paras 2.0% dan berkemungkinan akan memberi kesan terhadap kadar inflasi yang sebenar.

Sedikit info analisis teknikal, pergerakan harga pada chart pasangan matawang NZD/USD dilihat masih menguji zon support sekitar 0.67300 di sekitar bawah paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line.

 

Lihat paras-paras yang menjadi tumpuan pada chart NZD/USD ini.

Paras support: 0.6715, 0.6698, 0.6668.

Paras resistance: 0.6761, 0.6790, 0.6807.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat