Kiwi Tenggelam Dek Kerana Inflasi, Aussie Melonjak Berikutan Data Positif China.

433

Pada sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan kejatuhan pada matawang dolar New Zealand selepas data inflasi dikeluarkan pada jam 6.45 pagi. Indeks harga pengguna untuk suku tahun pertama kekal di paras 0.1% seperti bacaan sebelum ini namun meleset daripada jangkaan kenaikan kepada 0.3% oleh pasaran.

Sebagai rakan dagang utama China, matawang AUD diniagakan sangat baik pada sesi Asia sejurus keluarnya data ekonomi dari China iaitu KDNK, pengeluaran industri dan jualan runcit.

Ekonomi China hari ini mencatatkan 6.4% pertumbuhan KDNK pada suku tahun pertama 2019, sama seperti suku tahun sebelumnya dan mengatasi jangkaan pasaran untuk perkembangan 6.3%.

Sementara itu, pengeluaran perindustrian China meningkat 8.5% tahun ke tahun pada bulan Mac 2019, dengan mudah mengatasi jangkaan pasaran untuk peningkatan sebanyak 5.9% dan melonjak daripada 5.3% dalam tempoh sebelumnya. Ini adalah pertumbuhan terpantas dalam pengeluaran perindustrian sejak Julai 2014.

Dan seterusnya, data jualan runcit China meningkat 8.7% pada Mac 2019, lebih cepat daripada 8.2% pada tempoh sebelumnya dan jangkaan pasaran melebihi 8.4%. Ia merupakan pertumbuhan terkuat dalam perdagangan runcit sejak September tahun lepas.

Dalam perkembangan pasaran Eropah pula, Pound Sterling didagangkan sedikit merosot selepas kadar inflasi di UK tidak dapat mencapai jangkaan pasaran. Angka yang dicatatkan sama seperti sebelum ini iaitu 1.9% dan di bawah ramalan pasaran iaitu 2.0%.

Tidak lama selepas itu, pelabur Eropah disajikan oleh data inflasi zon Eropah di mana kadar inflasi tahunan sedikit menurun kepada 1.4% daripada 1.5% pada bulan sebelumnya, sejajar dengan anggaran awal dan jangkaan pasaran.

Menjelang pasaran New York malam ini, pasaran akan menanti data inflasi daripada Kanada pula. Pasaran mengunjurkan kadar ini akan meningkat berikutan terdapat kenaikan dalam indeks harga tinjauan IVEY PMI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat