Kiwi Turut Ikut Jejak Langkah Aussie, Yen dan Pound Dalam Sesi Asia!

53

Selain Aussie dan Yen, Kiwi juga didagang meningkat dalam sesi ini sebanyak 0.31%.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

Pada Selasa, Penolong Gabenor Bank Pusat New Zealand, John McDermott berkata bahawa inflasi akan dijangka rebound pada suku keempat. Peningkatan ini akan mengembalikan inflasi dalam jangka masa sederhana seperti sasaran awal.

Sementara itu, walaupun data pekerjaan yang dikeluarkan pada Jumaat lalu mengecewakan, hal ini sama sekali tidak akan menghalang Fed bagi prospek peningkatan kadar sebelum akhir tahun ini.

Pasaran juga menjangka kadar akan dinaikkan pada bulan Disember dengan peratusan sebanyak 69.5%.

Bagi Zon Euro, Pusat Penyelidikan Ekonomi ZEW berkata bahawa indeks sentimen ekonomi Jerman meningkat 6.2 bulan ini dari bacaan bulan September.

Selain itu, sentimen ekonomi bagi zon Euro juga dicatat meningkat kepada 12.3 daripada 5.4 sebelumnya. Meningkat mendadak dari jangkaan konsensus yang hanya meramalkan lonjakan kepada 6.3.

Singapura Menamatkan Lesen Falcon Private Bank Selepas Dikaitkan Dengan Isu Penyelewengan Dana 1MDB!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat