KLCI Dibuka Tinggi Selari Dengan Situasi Pasaran Serantau

127

Bursa Malaysia memulakan sesi awal dagangan dengan peningkatan 0.03% berikutan kekurangan pemangkin yang kuat dalam pasaran tempatan disusuli situasi pertumbuhan pasaran serantau yang sederhana.

Indeks FBM KLCI meningkat 0.47 mata kepada 1,595.06 daripada 1,594.59 ketika ditutup petang Rabu, dengan jumlah dagangan 307.43 juta unit bernilai RM128.98 juta. Di pasaran yang lebih meluas, kaunter untung 180, kaunter rugi 151 dan 259 kaunter tidak berubah.

Di bursa tempatan, Amway naik 15 sen kepada RM6.15, Petronas Gas meningkat 10 sen kepada RM15.92 manakala UWC naik 5 sen kepada RM1.41.

Selain itu, Hong Leong Bank menambah 6 sen kepada RM17, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah 2 sen kepada RM8.55 dan RM20.76 manakala CIMB turun 1 sen kepada RM5.08.

Aktiviti dagangan dikurangkan pada minggu ini disebabkan pelabur menunggu simposium tahunan Jackson Hole yang dijangka memperkenalkan tindakan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, menurut Bloomberg.

Saham Asia menunjukkan sedikit perubahan dengan meningkat secara sederhana selepas minit mesyuarat FOMC Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dikeluarkan semalam. Sentimen pelabur sedikit berubah dengan jangkaan kadar faedah akan diturunkan lagi.

Berikutan daripada keadaan ini, saham Jepun dan Hong Kong mengalami peningkatan. Nikkei Jepun naik 0.3% dan Indeks Hang Seng Hong Kong raih 0.15%. Kospi Korea Selatan pula susut 0.09%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat