KLCI Kekal Catat Aliran Rendah Pada Tengah Hari

129

Bursa tempatan kekal rendah pada tengah hari selaras dengan situasi di pasaran global berikutan kebimbangan pelabur terhadap penyongsangan hasil bon Amerika Syarikat.

Pada 12.50 tengah hari, indeks penanda aras utama FBM KLCI jatuh 11.35 mata kepada 1,588.96 dengan jumlah dagangan sebanyak 1.1 bilion unit bernilai RM833.98 juta.

Suasana pasaran tempatan negatif dengan 667 kaunter rugi mengatasi 101 kaunter untung manakala 268 kaunter tidak berubah.

Terdahulu, saham global mengalami kemerosotan akibat hasil bon perbendaharaan 10 tahun AS jatuh lebih rendah daripada hasil bon perbendaharaan 2 tahun menyaksikan Dow Jones Industrial Average jatuh 800.94 mata kepada 25,479.42.

Bagi pasaran serantau, Nikkei Jepun jatuh 1.5% manakala Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.2%. Indeks Komposit Shanghai dan Kospi Korea Selatan pula meraih keuntungan dengan masing-masing naik 0.18% dan 0.6%.

Di bursa tempatan Petronas Chemical mengalami penyusutan sebanyak 15 sen kepada RM7.16, Hong Leong Bank jatuh 34 sen kepada RM5.03, Aeon Credit susut 34 sen kepada RM15.86 manakala Tenaga Nasional turun 10 sen kepada RM13.52.

Sementara itu, mata wang tempatan merosot 0.1% berbanding dolar AS kepada 4.1920 manakala berbanding dolar Singapura susut 0.25% kepada 3.0187.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat