KLCI Paling Kukuh Dalam Tempoh 4 Bulan!

359

Pengukuhan Bursa Malaysia terus terpapar pada dagangan Rabu, meneruskan kenaikannya untuk lima hari berturut-turut menjelang keputusan kadar faedah Federal Reserve (Fed).

Walaupun sentimen pasaran serantau kekal lemah, tetapi ia dipacu oleh minat belian dalam saham perkhidmatan kewangan.

Setakat jam 4.30 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.39 mata kepada 1,446.18 daripada 1443.56 ketika ditutup pada tengahhari.

Ia sebelum ini dibuka 0.09 mata lebih rendah pada 1,436.70 pada awal pagi dagangan.

Saham terkemuka di bursa tempatan, iaitu Petronas Chemical meningkat 21 sen, manakala Hong Leong Bank naik 38 sen, CIMB pula menokok 5 sen dan Public Bank bertambah 2 sen.

Sentimen positif susulan daripada laporan kerajaan China akan meningkatkan rangsangan untuk menyokong pemulihan ekonominya dilihat kian pudar.

Namun, bursa tampaknya menjejaki prestasi Wall Street yang mengekalkan aliran menaiknya semalaman apabila peniaga mencerna pendapatan korporat AS dan menunggu keputusan mesyuarat Fed.

Bank pusat itu dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, dengan kenyataan susulan Pengerusi Jerome Powell menjadi tumpuan utama.

Dalam pada itu, pengukuhan bursa tempatan turut dilihat disokong oleh aliran masuk dana asing yang dijangka akan terus memberi sokongan kepada peningkatan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat