Klon ‘Satoshi Nakamoto’ Terpalit Ganti Rugi $100 Juta, Elak Saman $179 Bilion!

1,166

Individu yang mengakui dirinya sebagai pengasas Bitcoin (BTC), Craig Wright bernasib baik apabila terlepas daripada tuntutan ganti rugi bernilai $170 bilion tetapi masih perlu membayar $100 juta kepada W&K Info Defense Research LLC.

Keputusan yang diputuskan oleh pihak mahkamah membuktikan Craig Wright tiada hubungan perniagaan dengan pakar forensik komputer, Dave Kleiman, sekaligus menggugurkan hak Craig Wright untuk dapatkan sejumlah BTC bernilai berbilion dolar.

Siapa Craig Wright, Dave Kleiman, dan hubungannya dengan Bitcoin (BTC)?

Craig Wright merupakan pakar IT Australia yang telah lama mengenali Dave Kleiman. Dikatakan kedua-dua figura ini bersama-sama menggubal whitepaper dan merupakan pengasas Bitcoin.

2013 – Dave Kleiman mati dan ketika inilah warisnya mendakwa Craig Wright cuba merampas sebahagian BTC dan harta intelek milik Dave Kleiman ketika mereka masih bekerjasama.

Tidak cukup dengan itu, waris Dave Kleiman menjelaskan kedua-dua individu itu terlibat dalam perlombongan sekitar 1.1 juta BTC ketika pelancaran awal rangkaian Bitcoin.

2016 – Craig Wright menyangkal dakwaan bahawa mereka berdua merupakan rakan perniagaan dan akui dirinya sebagai pengasas sebenar Bitcoin – Satoshi Nakamoto pada .

Craig Wright juga mendakwa perlombongan BTC hanya untuk dirinya, itupun berlaku selepas kematian Dave Kleiman.

2018 – Abang Kleiman, Ira Kleiman menyamankan Craig Wright sebanyak $179 bilion pada  atas nama firma W&K.

Tetapi pada hari ini, keputusan pihak mahkamah yang memihak Craig Wright menunjukkan mereka bersetuju bahawa beliaulah satu-satunya dalang di sebalik projek Bitcoin.

Pada masa yang sama, Craig Wright tertuduh dengan kecurian syarikat Dave Kleiman di Florida. Disebabkan itu individu ini perlu membayar ganti rugi sebanyak $100 juta.

Diingatkan perbicaraan ini tidak bersangkut-paut dengan pengesahan Craig Wright sebagai Satoshi Nakamoto.

Penyelesaian kes Kleiman-Wright tidak membawa peningkatan dalam harga BTC tetapi Bitcoin SV (BSV) mencatatkan lonjakan lebih 37%, dari paras terendah harian $113.48 pada 6 Disember kepada paras tertinggi harian, $155.65 pada 7 Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat