KNM Buat Tawaran Saham Persendirian Sehingga 987.52 Juta

1,524

KNM Group Bhd bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian sehingga 987.52 juta saham biasa baharu untuk meraih hasil kasar sebanyak RM167.9 juta.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KNM berkata, hasil itu akan digunakan untuk modal kerja dan bayaran balik pinjaman bank.

Saiz penempatan mewakili tidak lebih 30% daripada jumlah saham terbitan syarikat.

KNM berkata sebanyak 493.76 juta atau 50% daripada saham penempatan akan diberikan kepada pemegang saham utama dan Naib Pengerusi Eksekutif Gan Siew Liat dan/atau pihak yang berkaitan dengannya.

“Baki saham penempatan akan diberikan kepada pelabur bebas yang akan dikenal pasti kemudian,” menurutnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Ujar KNM, berdasarkan lima hari jumlah harga pasaran purata wajaran (5D-VWAMP) dan termasuk tarikh terkini RM0.1763 seunit, harga terbitan saham penempatan adalah RM0.18 setiap satu.

Tambahnya lagi, harga terbitan institusi profesional atau pelabur bebas adalah RM0.16 sesaham, mewakili diskaun kira-kira 9.25% kepada 5D-VWAMP daripada saham KNM.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat