Kobe Bryant Mahu Lebih Diingati Dalam Dunia Pelaburan Berbanding Sukan Bola Keranjang!

1,828

Sejak semalam, sedang trending tentang berita kematian seorang pemain profesional bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant dalam sebuah nahas helikopter yang mengorbankan 9 nyawa.

Lebih menyayat hati, nahas tersebut turut mengorbankan anak perempuannya berusia 13 tahun, Gianna bersama beberapa penumpang lain yang dilaporkan sedang dalam perjalanan menuju perlawanan bola keranjang yang disertai Gianna dengan Kobe sebagai jurulatih di Thousand Oaks.

Semoga ahli keluarga mendiang dan sahabat terdekat bertabah dengan pemergian beliau. Begitu juga bagi peminat di seluruh dunia yang akan terus mengingati beliau sebagai seorang lagenda.

Menjadi idola ramai pemain bola keranjang serata dunia, pemain berusia 42 tahun berkenaan telah pun memulakan kerjayanya dalam National Basketball Association (NBA) sejurus selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah.

Selain itu, beliau cukup dikenali dengan skill permainannya yang hebat dan berjaya memenangi pelbagai perlawanan. Meskipun telah meninggalkan dunia bola keranjang pada tahun 2016, namanya masih lagi disebut-sebut bahkan digelar sebagai lagenda bola keranjang!

Oleh yang demikian, pemergiannya cukup mengundang kesedihan para netizen di seluruh dunia terutamanya peminat sukan bola keranjang.

Uniknya, bintang bola keranjang dunia tersebut pernah mendedahkan bahawa beliau mahu diingati dalam dunia pelaburan berbanding kerjayanya dalam sukan bola keranjang. Selain itu, beliau berhasrat untuk mencipta sesuatu yang baru untuk generasi akan datang dan menginspirasikan mereka.

Tahukah anda bahawa Kobe Bryant telah pun melibatkan diri dalam dunia pelaburan sejak tahun 2013?

Pada ketika itu, beliau mengasaskan sebuah firma venture capital yang dikenali sebagai Bryant Stibel bersama CEO Web.com dan The Dun & Bradstreet Credibility Corporation.

Selain itu, beliau turut melabur dalam syarikat minuman sukan, Bodyarmor pada tahun 2014 serta berjaya mengaut keuntungan kira-kira $200 juta berbekalkan modal sebanyak $6 juta ketika Coca Cola memperoleh saham minoriti pada tahun 2018.

Tambahan daripada itu, beliau juga mendakwa amat meminati bidang perniagaan sepertimana minatnya terhadap bola keranjang hingga turut mengejutkan semua orang.

Seterusnya, syarikat yang dimilikinya telah melabur ke dalam beberapa buah syarikat seperti NetZero, Simpli dan The Honest Co. Kejayaan beliau tersebut juga menginspirasikan beberapa orang rakan sepasukan seperti Steph Curry, Carmelo Anthony, Andre Iguodala dan Kevin Durant untuk turut sama menceburi bidang pelaburan.

Di samping itu, Kobe Bryant juga menyatakan minatnya untuk memiliki pasaukan NBA seperti idolanya, Michael Jordan yang menjadi pemilik kepada Charlotte Hornets (Bobcats) pada tahun 2010.

Kini, impiannya untuk memperoleh gelaran sebagai seorang usahawan telah pun tercapai. Walaupun sudah meninggal dunia, namanya dalam dunia pelaburan dan sukan bola keranjang tidak pernah dilupakan bahkan menjadi inspirasi buat semua.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat