Kod Asal WWW Dilelong Sebagai NFT Dengan Bidaan Bermula RM4,119!

363

Kod asal World Wide Web atau sinonim sebagai WWW yang diusahakan oleh Tim Berners-Lee pada 1989 telah dilelongkan sebagai non-fungible token (NFT) dengan tajuk ‘This Changed Everything’.

Harga lelongan bermula pada $1,000 (~RM4,119) dan diuruskan oleh Sotheby’s bermula 23 sehingga 30 Jun ini.

NFT tersebut mengandungi beberapa elemen:

1/ Fail yang mengandungi 9,555 baris kod termasuk implementasi tiga bahasa dan protokol yang diasaskan oleh Berners-Lee sendiri iaitu, HTML (Hypertext Markup Language), HTTP (Hypertext Transfer Protocol) dan URLs (Uniform Resource Identifiers)

2/ Surat peribadi daripada Berners-Lee

3/ Fail vector yang memaparkan kod tersebut dan boleh dicetak sebagai poster

4/ Video senyap berdurasi 30 minit yang memaparkan kod tersebut ditaip

Berners-Lee menyifatkan pilihan meNFTkan kod tersebut satu kepuasan sebagai saintis komputer: “It feels right to digitally sign my autograph on a completely digital artefact.

Kewujudan web sebagai perkhidmatan pencarian maklumat utama internet merupakan salah satu pencapaian penting dalam peradaban manusia sejak kemunculan mesin cetak di Eropah pada abad ke-15.

Bermula dari detik itulah juga muncul pelayar web dikenali Mosaic (1993), kemudiannya Netscape Navigator (1994), InternetWorks (1994), Internet Explorer (1995), Safari (2003), Firefox (2004), Chrome (2008) dan Edge (2015) menggantikan Internet Explorer.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat