Kolaborasi Meta Bersama Metamask & Coinbase Kembangkan Skop NFT

67

Meta mengumumkan perancangannya untuk mengembangkan ciri NFT ke 100 negara di seluruh Afrika, Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Amerika. Ini menyusuli rancangan utamanya untuk mengintegrasikan Non-Fungible Tokens (NFT) di platform media sosial.

Integrasi Meta NFT bertujuan untuk membenarkan seseorang individu memaparkan NFT mereka sebagai gambar profil serta merancang membuka laluan untuk pemasaran NFT syarikat.

Ketua pegawai eksekutif Meta Mark Zuckerberg pernah menyatakan visinya untuk menggabungkan NFT dengan Metaverse. Perancangan jangka panjang Meta adalah untuk menjadi bahagian dalam ekosistem Metaverse dan melancarkan koleksi digitalnya di Facebook.

Ia juga membenarkan seseorang individu untuk memaparkan serta kongsikan NFT mereka sebagai pelekat AR di Instagram Stories dan membesarkan lagi komuniti NFT di Instagram.

Selain itu, Meta mengumumkan pelancaran penggabungan dengan Coinbase Wallet dengan perkhidmatan NFT juga telah dikembangkan ke banyak negara.

Sehubungan itu, bagi membenarkan pengguna menyambungkan wallet digital mereka di Instagram, Meta telah menyokong sambungan dengan pelbagai third-party wallets seperti Rainbow, MetaMask, Trust Wallet, Coinbase Wallet dan Dapper Wallet.

Selain itu, Instagram juga telah menyokong rantaian blok dalam Ethereum, Polygon dan Flow bagi integrasi NFT.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat