Koleksi NFT ‘Beruk Emas’ Ini Terjual Dengan Nilai $1 Juta!

268

Koleksi non-fungible token (NFT) Bored Ape Yacht Club (BAYC) berjaya dijual dengan harga 800 Ethereum (ETH) bersamaan $1 juta sungguhpun pasaran kripto mahupun NFT sedang mengalami kejatuhan tragik sejak awal tahun ini.

Diperjelaskan bahawa koleksi NFT BAYC #232 itu telah dijual oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) software Web3, Deepak Thapliydal kepada individu bernama Keung.

Malah, BAYC itu merupakan antara koleksi paling rare dengan mendapat kedudukan ke-324 daripada 10,000 NFT ekoran kurang daripada 0.5% mempunyai imej bulu keemasan.

Direkodkan bahawa Thapliydal merupakan pengumpul NFT terkenal yang melakukan pembelian NFT CryptoPunks bernilai $23.7 juta (8,000 ETH) dan kini beliau berhasrat menjual sebahagian koleksi NFT rare yang dibelinya.

Umumnya, jualan terakhir BAYC dilaporkan adalah pada 1 Oktober dengan mencecah paras $1 juta, iaitu lonjakan lebih 13% daripada harga asalnya.

Secara konteks, penciptaan BAYC oleh Yuga Labs yang dilancarkan pada April 2021 merupakan antara projek NFT paling terkenal yang telah menghasilkan lebih $2.5 bilion dalam jumlah dagangan.

Bukan itu sahaja, BAYC turut menjayakan Mutant Ape Yacht Club (MAYC) dan Otherside bagi menarik lebih ramai selebriti atau jenema terkemuka menyertai komunitinya.

Dalam pada itu, harga lantai NFT tersebut kini bernilai hanya $69,000 (60 ETH) berbanding sebelum ini 152 ETH, namun para pelabur tetap membelinya ekoran mereka percaya keupayaan BTC pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat