Komen Dovish Ahli Bank Pusat UK Menekan Matawang GBP ke Paras Rendah

59

Matawang Sterling (GBP) jatuh di bawah paras $1.3200 berbanding US dolar pada Selasa selepas komen yang dibuat oleh pembuat polisi Bank of England secara keseluruhannya adalah ‘dovish’.

Matawang GBP jatuh sehingga 0.51% setakat ini dan didagang di sekitar 1.3187 setakat pukul 7.59 malam. Hasil Bon 10-tahun UK pula jatuh ke paras 1.285% setakat ini.

“Komen yang dibuat adalah dovish dan berhati-hati dan menunjukkan perdebatan dalaman bank pusat dalam halatuju kadar faedah di masa hadapan,” kata Neil Jones ketua jualan matawang dalam pengurusan dana di London.

Silvana Tenreyro salah seorang dari ahli bank pusat England berkata ‘tekanan kenaikan terhadap inflasi yang disebabkan oleh kelemahan Sterling akan mula reda dalam beberapa bulan akan datang.

Awal hari ini menunjukkan data rasmi UK yang dikeluarkan menunjukkan inflasi (harga pengguna, CPI) mencapai paras tertinggi 3% jauh di atas sasaran inflasi BoE 2%. Namun, data ini adalah sejajar dengan jangkaan pasaran.

Kenaikan harga domestik UK lebih banyak disebabkan oleh kejatuhan nilai Sterling sejak Jun 2016 yang merupakan faktor sementara kepada kenaikan harga.

Matawang GBP juga melemah berbanding matawang utama yang lain seperti Aussie dan Yen yang menunjukkan kelemahan Sterling secara keseluruhan.

Walaupun dengan kenyataan yang agak dovish oleh Bank of England (BOE), pasaran masih menjangka bank pusat ini akan menaikkan kadar faedahnya beberapa bulan akan datang.

“Selepas beberapa minggu GBP terkesan oleh faktor politik, kami melihat GBP akan perlahan-lahan bergerak mengikut jangkaan mesyuarat Bank of England pada November,” kata Viraj Patel penganalisis di ING Bank.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat